Sunday, April 20, 2008

CiNtAilAh DiA.. kErNa DiA bEgItU bErHaRgA...

Assalammualaikum....

terima kasih saudara ibnu hisyam di atas soalan yang diajukan..

Apa yang ingin saya perkatakan bukannya jawapan tapi hanyalah sekadar pendapat seorang kawan.. memang saya tidak nafikan masalah saudara/i banyak yang menghantui remaja kita zaman sekarang tidak kira lelaki atau perempuan tatkala pada zaman ini cinta ini dianggap terlalu penting bagi sesetengah manusia.. tapi apa yang saya ingin katakan.. bagi saya.. tidak perlulah saudara/i berperasaan begitu.. kerana sebenarnya saudara/i tidak rugi apa apa tatkala cinta yang saudara/i cari itu tidak hadir.. kerana cinta yang yang sebegitu hanya sebagai pengabur mata terhadap cinta yang lebih hakiki.. sebenarnya ramai di antara remaja terlupa bahawasanya kita sudah pun memiliki cinta yang sejati dan hakiki.. namun tidak ramai di antara kita menyedarinya.. malah yang lebih menyedihkan ada yang sudi menolak cinta ini tatkala kita amat memerlukan cinta ini pada satu ketika nanti.. mereka lebih rela dikaburi dengan cinta sejanji paslu... iaitu cinta yang kita tahu ada penghujungnya.. namun apa yang saya ingin perkatakan disini.. saya ingin mengajak saudara/i ibnu hisyam, semua pembaca dan diri saya sendiri.. kita tidak perlu terasa terasing apabila kita tidak mempunyai cinta dan kekasih.. tetapi ingatlah.. kita sudah mempunyai cinta yang lebih hakiki dan sejati.. jesteru itu cintailah Dia.. kejarlah cinta itu.. cinta seorang Pencipta kepada hambanya.. cinta seorang rasul kepada umatnya... itulah kasihnya Allah dan rasulnya terhadap kita...

diharap saudara/i Ibnu hisyam berpuas ati dengan pendapat ini..
mohon pendapat dan fikrah yang pastinya untuk pembangunan ummat..

assalammualaikum..

No comments: