Tuesday, April 22, 2008

KaSiH KitA kEpAdA rASululLah....

Assalammualaikum..

saya hari ini terpanggil untuk kembali .. kembali untuk menceritakan mengenai sebuah kisah.. kisah tentang kasih.. kasih seorang umat kepada penghulunya.. yang pastinya kasihnya rasul ini tidak penah padam kepada pengikutnya.. kisah ini adalah yang melibatkan seorang sahabat nabi yang berada di kawasan pendalaman.. yang mana beliau sentiasa ingin berjumpa dengan nabi.. bersama dengan nabi sepanjang hidupnya.. beliau sanggup melakukan apa saja untuk betemu dengan rasulullah.. bertapa dalam cintanya sahabat kepada raulullah.. namun di saat nabi sedang sakit dalam pada penghujung saat riwayat rasul yang tercinta.. baginda telah berkata kepada sahabat yang lain setelah menunaikan solat.. setelah baginda berkata bahawasanya ingin berjumpa dengan semua para sahabat yang ada.. di saat itu baginda menyuruh barang siapa dikalangan para sahabat yang mana baginda masih mempunyai hutang kepada baginda.. silalah berdiri dan datang kepada baginda untuk menuntut hutang mereka..baginda ingin menemui Allah dalam keadaan tidak berhutang dengan sesiapa.. namun.. tiada siapa yang menjawab.. yang terlihat adalah mereka yang sedih dalam keadaan nabi di saat akhir riwayat baginda.. namun rasulullah mengulangi permintaan baginda itu buat kali yang kedua.. begitulah kali keduanya.. masih dalam keaadaan yang sama.. tiada siapa yang meminta hutang kepada baginda.. lalu baginda mengulangi buat kali yang ketiga.. lalu bangun la sahabat yang dari kawasan pendalaman tadi.. dan bercakap kepada baginda.. : wahai rasulullah.. andai engkau tidak mengulangi sebanyak tiga kali permintaan mu itu.. nescaya tidak akan ku bangun meminta hutangku kepada mu wahai rasulullah.. " para sahabat yang lain terkejut melihat perilaku pemuda itu.. masakan ada mereka yang mengambil kesempatan di saat rasulullah dalam keadaan sebegitu.. lalu permuda itu berkata.. " wahai rasulullah.. sebelum aku meminta hutangku..aku ingin bertanya.. pada masa dahulu semasa perang.. tatkala engkau memukul kudamu untuk memacunya.. pukulan mu itu telah mengenai badan ku.. sekiranya itu hutang.. adakah aku berhak meminta hutang itu daripadamu.. " dan baginda menjawab ya.. dalam pada itu para sahabat yang lain menjadi marah bercampur hairan.. kerana permuda itu ingin membalas pukulan nabi yang terkena kepadanya tatkala rasul sedang sakit dan yang paling besar ialah pemuda itu ingin memukul kekasih Allah.. lalu gugur lah air mata ..menangis para sahabat memikirkan perkara itu.. lalu rasulullah menyuruh sahabat yang lain mengambil cemeti yang penah rasulullah gunakan dahulu dan diberikan kepada pemuda itu.. dengan mengambil tempat rasulullah bersedia dipukul.. lalu pemuda itu berkata.. " wahai rasulullah, semasa engkau memukul ku.. aku dalam keadaan tidak berbaju.. maka aku merasakan sakitnya rasululluh badan ku.. " lalu rasulullah membuka baju baginda.. maka itulah kali pertama para sahabat melihat nabi tidak berbaju.. kelihatan badan rasulullah yang begitu bersih dan cantik.. maka bertambah sedih para sahabat melihat badan baginda yang sebegitu.. tambahan baginda sedang gering di akhir riwayatnya sedang menanti dipukul dengan cemeti.. gugur lah air mata para sahabat.. lalu tatkala pemuda itu ingin memukul baginda.......................................................................


Bersambung.... nantikan kisah selanjutnya..
SaNg PeRtAMa....

Assalammualaikum...

Monday, April 21, 2008

Ya Allah .....LuAsNyA NeRaKa mU....

Assalammualaikum...

Wahai semua pembaca.. ini adalah satu renungan buat kita semua .. semoga kita teringat renungan ini tatkala kita ingin melakukan mungkar.. nauzzubillah min zalik.... hayatilah kisah ini.. dan jadikanlah ia pedoman buat kita semua..

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra.berkata: Jibrail datang kepada Nabi sawpada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapaaku melihat kau berubah muka?'Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.' Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki danperempuan.'Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kaliganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'Jawab Jibrail:Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'Kemudian Jibrail diam segan padaRasulullah s.a.w. sehingga ditanya:'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang ygberdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. dipangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluarkecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepadaAllah.(dipetik dari kitab 'PeringatanBagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batangpokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqummempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yangpanjang 70 hasta mengandungi lautanracun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqummempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000malaikat

Jadi para pembaca.. saya berpesan kepada diri saya dan anda semua.. agar kisah ini dapat dijadikan renungan buat kita semua.. beringat apabila ingin berbuat maksiat.. ingatlah.. bukan kesenangan dunia yang kita cari.. bukan kekayaan dunia yang kita kejar.. tapi kesenangan akhirat yang perlu dicari.. bukan kasih sayang kekasih yang kita impikan.. bukan belaian kekasih yang kita dambarkan.. tetapi.. kasih sayang nabi yang kita harapkan.. ingatlah.. kasih sayang rasulullah itu tidak penah padam kepada ummatnya.. jesteru itu.. kasih sayang itulah yang kita harapkan.. sanggupkah kita mempersiakan tangisan rasulullah untuk ummatnya .. mempersendakan kerisauan baginda tentang ummatnya dengan sengaja kita melakukan kemungkaran.. jadi kita bawakan kisah ini untuk renungan.. semoga kita mendapat pelindungan serta naungan pada hari yang tiada naunganya..

Assalammualaikum...
SaNg PeRtAma..

Sunday, April 20, 2008

CiNtAilAh DiA.. kErNa DiA bEgItU bErHaRgA...

Assalammualaikum....

terima kasih saudara ibnu hisyam di atas soalan yang diajukan..

Apa yang ingin saya perkatakan bukannya jawapan tapi hanyalah sekadar pendapat seorang kawan.. memang saya tidak nafikan masalah saudara/i banyak yang menghantui remaja kita zaman sekarang tidak kira lelaki atau perempuan tatkala pada zaman ini cinta ini dianggap terlalu penting bagi sesetengah manusia.. tapi apa yang saya ingin katakan.. bagi saya.. tidak perlulah saudara/i berperasaan begitu.. kerana sebenarnya saudara/i tidak rugi apa apa tatkala cinta yang saudara/i cari itu tidak hadir.. kerana cinta yang yang sebegitu hanya sebagai pengabur mata terhadap cinta yang lebih hakiki.. sebenarnya ramai di antara remaja terlupa bahawasanya kita sudah pun memiliki cinta yang sejati dan hakiki.. namun tidak ramai di antara kita menyedarinya.. malah yang lebih menyedihkan ada yang sudi menolak cinta ini tatkala kita amat memerlukan cinta ini pada satu ketika nanti.. mereka lebih rela dikaburi dengan cinta sejanji paslu... iaitu cinta yang kita tahu ada penghujungnya.. namun apa yang saya ingin perkatakan disini.. saya ingin mengajak saudara/i ibnu hisyam, semua pembaca dan diri saya sendiri.. kita tidak perlu terasa terasing apabila kita tidak mempunyai cinta dan kekasih.. tetapi ingatlah.. kita sudah mempunyai cinta yang lebih hakiki dan sejati.. jesteru itu cintailah Dia.. kejarlah cinta itu.. cinta seorang Pencipta kepada hambanya.. cinta seorang rasul kepada umatnya... itulah kasihnya Allah dan rasulnya terhadap kita...

diharap saudara/i Ibnu hisyam berpuas ati dengan pendapat ini..
mohon pendapat dan fikrah yang pastinya untuk pembangunan ummat..

assalammualaikum..

SaLaM InSaNiaH,, SaLaM UkHwAh SaHaBat..

Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatknlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,
dunia dan akhirat
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati
izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh
dia dalam jurang cinta nafsu?
Jagalah hatinya
agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya
padahatiMu.
jika dia rindu,
rindukanlah dia pada seseorang
yang merindui syahid dijalanMu
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku
merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas
sehingga melupakan daku
padacinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati
hanya untukMu

Saturday, April 19, 2008

ApA YaNg mEnArIk tEnTaNg uKhWaH....

"ukhwah itu bUkan terletak pada pertmuan..bukan pada mnisnya ucapan di bibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doa.."

Erm menarik.. Memang menarik memperkatakan tentang ukhwah...ukhwah nie ibarat tali.. yang mengikat hati hati.. hati yang tunduknya pada ilahi.. maka. benarlah yang bersaksi di dalam Alquran Nurani.. apabila putusnya tali ini.. maka hilanglah tunduknya pada ilahi. apabila hilang tunduknya hati itu.. maka hilang juga kasih Pencipta.. yang datang hanyalah murka.. maka.. kita sambungkanlah tali itu.. semoga itu menjadi saksi.. dihadapan pencipta.. pada hari yang tiada naungnya..

salam perkongsian fikrah..
salam ukhwah...
SaNg PeRtAmA..